Monday, September 3, 2018

DIABETIK RETINOPATI

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua

                                          Gambar dari Google Image
Diabetes Mellitus adalah merupakan satu penyakit yang berkaitan rapat dengan cara hidup kita yang serba moden sekarang ini. Sebagaimana penyakit lain, pencegahan adalah langkah yang terbaik. Namun jika sudah disahkan mendapat masalah ini maka jangan lupa untuk menjalani pemeriksaan mata tahunan terutama sekali bahagian fundus mata. Pemeriksaan ini boleh dijalankan di Klinik-klinik Kesihatan yang terpilih, Hospital-hospital yang menyediakan perkhidmatan kepakaran Oftalmologi dan Klinik Optometri.
Untuk makluman semua diabetik retinopati boleh menyebabkan kebutaan yang kekal. Anda boleh mencegah kebutaan ini melalui pemeriksaan berkala fundus supaya rawatan yang bertepatan boleh diberikan




No comments:

Post a Comment